pertemuan kali pertama
semua cantik di mata
semua sempurna
tiada cacat cela
tersilap sedikit
tiada teguran
kerana semua baik belaka
pertemuan seterusnya
hanya salah yang nampak di mata
baik bagaimana
semua buruk sahaja
tiada sedikit sempurna
kerana sudah nampak siapa sebenarnya
pertemuan kali terakhir
tiada lagi yang benar
hanya tipu belaka
salah silap sudah tidak terkira
yang sempurna hilang sekelip sahaja
kerana benci sudah ada di hati
No comments:
Post a Comment