Wednesday, November 13, 2013

Aku Hanya Mampu

Lelaki?
Ramai lelaki di luar sana
Yang kacak, tinggi, rendah, pandai, hodoh, kurus, gemuk dan macam macam lagi
Itu apa yang kita nampak dari luaran

Dalaman?
Semua orang tak kan nampak
Susah untuk tahu sama ada dia baik, jahat, ikhlas atau pun tidak

Sekali kata kata keluar dari mulut
Masya-Allah, manis
Bila mahu kenal, bila mahu seseorang, sanggup berhabis habisan
Sanggup berkorban, sanggup buat itu ini
Orang kata, pijak semut pun tak mati

Tapi itu semua dusta, permainan
Permainan bagi mereka mereka yang tidak bertanggungjawab
Yang tidak ada hati perut, yang tidak ada perasaan
Bagi mereka, kepuasan
Kepuasan apa?
Kepuasan untuk mempermainkan kaum hawa yang lemah
Dan mudah untuk ditipu

Habis madu, sepah dibuang
Memang patut peribahasa itu wujud
Bila mereka sudah dapat apa yang mereka mahu
Dan puas dengan segalanya
Senang senang mereka tinggalkan
Senang senang mereka beri alasan itu ini
Mudah

Alangkah seronoknya jadi kaum lelaki kan?
Tidak perlu risau kan apa apa
Bila nak perempuan, cari
Bila sudah bosan, tinggalkan
Dan cari yang lain

Memang payah mahu cari lelaki yang ikhlas dan jujur
Lebih lebih lagi lelaki yang betul betul mahu jadikan kita isteri mereka yang sah

Aku hanya mampu berdoa kepada Allah
Supaya kurniakan dan jodohkan aku
Dengan lelaki yang beriman, soleh, bertanggungjawab, ikhlas menyayangi aku
Dan yang paling penting sekali, boleh membimbing dan mendidik aku dan anak anakku
Ke jalan yang diredhai Allah SWT
Amin




No comments: