makan tengahari bersama abah dan along
di situ makanan terbaik dia nasi daun pisang, best in town!
tengah makan, ada sekumpulan mat saleh masuk ke restoran itu
mungkin mereka mahu cuba nasi daun pisang
seorang minah salleh berpakaian formal. kemeja biru dan berkasut tinggi
tapi yang buat mata aku memandang beliau bukan kerana kemeja biru atau kasut tinggi yang dipakainya tetapi kerana dia memakai kain batik!
baju kemeja dan berkain batik
aku ta rasa pelik tapi nampak cantik dan unik
aku tersenyum melihat beliau
bangga!
walaupun hanya kain batik, tapi bila orang luar memakainya, aku rasa bangga
tapi dalam turut rasa bangga itu, aku berkata pada diri sendiri
"aku sendiri ta pernah memakai kain batik, lebih lebih lagi bila mahu keluar"
pap! terasa tamparan sendiri di muka. heh
oke nanti aku beli kain batik
.Neddy.
No comments:
Post a Comment