dulu apa apa masalah aku akan ceritakan pada sesiapa yang rapat dengan aku.ta kira lah masalah keluarga,kewangan,kawan,pelajaran atau apa apa saja yang berkaitan dengan masalah.tapi sampai bila aku perlu ceritakan masalah aku pada orang lain?sebab aku tau orang lain pun ada masalah mereka sendiri.macam semak pulak na letak beban aku pada mereka.
orang kata,ta elok simpan dalam hati.nanti boleh jadi gila.betul ke?aku rasa ta pun.sejak aku simpan masalah masalah aku,aku ta rasa gila pun?cuma kadang kadang aku rasa down,paling kuat pun aku akan menangis sorang sorang dan dengar lagu lagu yang sesuai dengan situasi aku.kemudian,aku akan penat menangis dan terus tidur.bila aku bangun,aku jadi normal balik.
entahlah,memang sekarang tada mood na cerita apa apa pada orang.bukan ta percaya tapi rasa menyusahkan.bila fikir na cerita pada orang,mesti ada soalan yang bermain dalam fikiran aku,'na ke dia ni dengar masalah aku?'.yela,mana tau masa tu dia tengah ada masalah lagi besar dari aku kan.mungkin dia pun na cerita masalah dia pada aku.tapi bila dia da dengar masalah aku,mungkin dia ta jadi na cerita masalah dia pulak.kan kesian?
aku rasa baik aku simpan dari bercerita.diam dari bising.bukan tada tangan tangan dan telinga telinga yang ingin membantu dan mendengar masalah aku.BFF aku tasya yang selalu tanya aku ada masalah ke tidak dan suruh aku ceritakan pada dia.thanks sayang.saya tau awak ada masalah awak sendiri.dan awak pun pemendam macam saya.
menjadi pemendam dan perahsia adalah baru untuk aku.tidak mahu menyusahkan dan membebankan orang lain.tidak mahu besar besar kan masalah aku.hanya mahu bersendirian bila bermasalah.itu cukup untuk aku.boleh jadi pendengar masalah saja lepas ni.
.Neddy.