aku : awak, bangunlah. tu kerusi saya.
budak lelaki 1 : eh, ini kerusi saya lah.
aku : *menangis*
aku terus berlari ke arah Cikgu Sheila dan mengadu kepadanya kerusi 'pink' aku diambil orang. aku menangis teresak esak tanpa mempedulikan orang lain.
Cikgu Sheila : awak bagi Nadirah kerusi ni ye? nanti cikgu ambilkan awak kerusi lain.
budak lelaki 1 : baik cikgu.
aku ketawa keriangan. yes! dapat jugak aku duduk dekat kerusi 'pink' tu. padan muka kau budak. haha.
******************************
loceng berbunyi menandakan waktu rehat. kami beratur untuk mengambil makanan. menu hari itu mihun goreng dan teh o panas. aku yang beratur di hadapan sekali mengambil mihun goreng pada makcik jaga makanan itu. aku sibuk meminta makcik jaga makanan tu air teh o dalam cawan plastik warna 'pink'. nasib baik ada. aku ke tempat duduk aku semula untuk menikmati mihun yang macam sedap tu.
budak lelaki 2 : makcik, saya na tambah mihun lagi
aku : eh, kalau saya belum tambah makanan saya, sorang pun ta boleh tambah okeeee! *jeling*
budak lelaki 2 : tapi saya lapar *muka kesian*
aku : ouhh! boleh tambah, tapi tunggu saya habiskan makanan saya dulu ye
budak lelaki tersebut terus pandang ke arah aku dan menunggu aku habis makan. aku buat bodoh saja. biarkan dia tunggu aku habis makan. haha.
******************************
waktu persekolahan pada hari itu sudah tamat. aku keluar selepas bersalaman dengan Cikgu Sheila. aku ke tangga untuk mendapatkan kasut Spark aku. aku duduk di tangga dan memakai kasut aku sebelum pulang ke rumah bersama Cikgu Sheila. aku memerhatikan ada beberapa orang rakan aku, memakai kasut yang tidak sama dengan aku.
aku : korang semua, esok beli kasut Spark macam aku dekat Bata ye. siapa ta beli, ta boleh tambah makanan esok.
semua : *mengangguk*
aku pulang bersama sama Cikgu Sheila
******************************
keesokan harinya, aku ke sekolah seperti biasa dan mendapati beberapa orang rakan aku membeli kasut yang sama dengan aku. kasut Spark.
p/s : korang rasa aku Bossy ke? -.-"
.Neddy.
No comments:
Post a Comment