Tuesday, August 10, 2010

Why?

Tulisan kali ini adalah mengenai seorang lelaki yg aku kenal dan tiba tiba dia membenci dan melarikan diri dari aku.cukup lah aku kenal kan dia sebagai '3'.memang macam tada kena mengena tetapi biar je la.agak lama aku kenal 3.kenal di mana ta perlu lah aku beritahu.dia baik.cool.penyabar.mula mula mengenali 3 aku sudah mula tertarik dengan dia.sebab dia baik sangat bagi aku.tetapi bila sudah lama kenal,kita dapat tahu hati budi dan perangai sebenar orang itu.mungkin silap aku juga ta mengenalinya terlebih dahulu.memang kesilapan yang sangat besar yang telah aku lakukan.dan mempercayainya seratus peratus.

Aku bukanlah jenis yang cepat bosan.tetapi aku paling pantang kalau berkali kali aku tegur benda yang aku ta suka dan orang itu ta mahu dengar,just fuck off.aku da malas na layan.aku tegur untuk kebaikan,bukan keburukan,berubah untuk diri sendiri,bukan orang lain.memang susah na berubah.tapi boleh cuba bukan?

Hari demi hari aku kurang dan malas menghubungi 3.ta tahu kenapa tapi perasaan itu menyuruh aku menjauhkan diri dari dia.bukan ta sayang.bukan bosan.bukan ada orang lain.cuma aku fed up!da lama aku sabar.suruh kau berubah.tapi ta.kau ta buat.yang kau tahu hanya na berkepit dengan aku 24jam.bukan aku ta suka.tapi meluat.maafkan aku 3.aku buat semua ini untuk kebaikan aku dan kau.

Tapi kenapa kau senyap begitu saja?aku na kata putus jika kau ta mahu berkawan dengan aku lagi.aku ta mahu bermusuh.itu bukan aku.kenapa aku mintak barang kepunyaaan aku yang ada pada kau,kau ta mahu bagi?bukan susah.itu barang aku.hak aku.milik aku.aku hanya mahu kan hak aku.aku mesej kau ta balas.aku telefon kau ta angkat.yang aku dapat ugutan dari kau.seolah olah kau mahu kena kan aku balik.

Mungkin aku salah.aku mengaku salah aku.tapi,untuk apa kita bermusuh?benci mana pun kau kat aku,aku ta rugi apa apa.itu hak kau na buat apa apa pun.aku ini hanya seorang perempuan yang lemah dan ta mampu melakukan apa apa.tapi ingat lah,tuhan itu mendengar doa orang yang lemah.aku ta la baik,tetapi alhamdulillah,aku masih ingat tuhan aku.aku masih percaya pada-Nya.

Kepada KAU,harap kau bahagia dan gembira dengan apa yang kau da lakukan pada aku.mungkin hari ini hari kau dan aku percaya esok lusa pasti ada hari aku.aku tunggu kau hubungi aku.aku cuma mahukan barang dan hak aku.itu saja.

.Neddy.

Sunday, August 1, 2010

Gentleman

Semua wanita suka lelaki yang gentleman.bagi aku gentleman bermaksud lelaki tu cool dan bertanggungjawab.ta kesah la dengan sesiapa pun dia na jadi cool dan bertanggungjawab.bukan dia jadi gentleman depan wanita yang disukainye saja.keluarga,kawan kawan dan kekasih.menjadi seorang yang gentleman bukan sengaja dibuat buat.sifat itu memang wujud di dalam diri lelaki tu.yelah.selalunye seorang lelaki yang matang dan boleh berfikir mesti punyai sifat itu.definisi gentleman aku ni,hanyalah pendapat aku sendiri.tatau la kalau orang lain fikir bagaimana.masing masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.

Selama aku kenal perkataan 'gentleman' dan faham maksudnya,macam macam lelaki yang aku kenal kebanyakkan nye memang gentleman.tapi ada sesetengah lelaki tu,aku tatau la.mungkin dia belum matang.atau tatau na jadi seorang lelaki macam tu.pengalaman mengenali ramai lelaki memang unik.sebabnya,dengan mengenali lelaki itu,aku dapat mencari lelaki gentleman-ku.entahlah.aku sangat suka lelaki gentleman.auww!

Pengalaman aku mengenali perangai lelaki memang banyak.yang tatau na jadi gentleman tu memang kelakar.na tau kenapa?mereka yang bernama lelaki ta gentleman ni mengajak aku keluar.dan yang paling pelik sekali apabila makan atau membuat sesuatu aktiviti seperti menonton wayang,kami perlu bayar asing asing atau pun aku yang perlu bayar semua bil!omg!lain lah kalau aku yang mengajak dia.aku bukan berkira.aku sanggup belanja daripada bayar asing asing begitu.aku ta kesah kalau masa keluar tu ada orang lain atau pun dia tu sememngnya kawan kawan aku.itu perlulah na bayar asing asing kan?ini kau ajak aku 'date' lepas tu aku yang kena bayar semua.apakah?!itu satu hal.paling meggelikan aku apabila lelaki itu mengajak aku keluar dan menyuruh aku datang dan menjemput dia.kalau kau duduk sebelah rumah aku,ta kesah la.ni duduk kat kl,kedah,pahang dan lain lain.aku ada kereta bukan na pergi jumpa kau la.kereta untuk menyenangkan aku pergi ke mana mana yang aku mahu.kalau ada hati na jumpa orang,jadi la gentleman sikit,datang dan jumpa aku.bukan susah pun.kalau tada kereta atau kenderaan tu,boleh jur naik KTM ke bas ke.aku boleh jemput di station.aku neh tada la kejam sangat na suruh kau beli kereta ke,sewa kereta ke.bbrrr.

Tapi ta semua lelaki yang aku kenal macam tu.ada jur yang sanggup buat semua sampai terlebih over dan kadang kadang tersangat lah aku ta selesa.sampai aku larikan diri.maafkan aku jika kau orang itu.bukan aku ta suka kau jadi gentleman,mungkian kau memang macam tu.tapi ta perlu lah na over sangat.oke?buat sikit sikit sekadar menyedapkan hati aku sudah cukup.ada juga lelaki yang sanggup datang dari jauh semata mata na jumpa aku.itu baru betul.siapa na jumpa,dialah kena berkorban dan datang.betul ta?kalau aku yang mahu jumpa seorang lelaki itu,aku yang akan datang jumpa dia.aku takan suruh dia datang melainkan dia jauh sangat.aku bukan berani pergi jauh jauh.memandu seorang diri amatlah berbahaya.

Jadi bagi aku,untuk memenangi hati wanita bukan lah susah seperti yang difikirkan.jadilah diri sendiri dan ta perlu lah jadi gentleman sebab na tunjuk hebat atau bagus.sifat tu wujud sendiri dan bukan lah dibuat buat.so lelaki lelaki di luar sana,jadilah seorang lelaki yang cool dan bertanggungjawab.jangan semua benda na mengharapkan kami wanita yang ta boleh na jadi 'gentleman' ni.fahamkan maksud gentleman.itu bagus untuk kau wahai lelaki.

.Neddy.

Friday, July 30, 2010

Susah

Susah kalau bercinta.kenapa?susah bila pasangan ta boleh faham,mengongkong,sensitif dan mcam macam lagi.apa kita rasa kalau pasangan kita macam tu?sakit.ye.teramat lah sakit.aku pernah mengalami rasa sakit tu.sakit mana yang ta tinggal kan kesan?semua sakit pasti ada kesannye.susah kalau bercinta sebab bukan senang na puaskan hati pasangan.ikut keinginan dia.ta kira dari segi apa pun.bila da sayang,pasti sanggup.dia kata jangan.kita ikut.dia kata itu ta boleh,ini ta boleh.kita ikut.susah.sangat susah.bila ibu bapa yang suruh,macam macam alasan.tapi bila si kekasih berkata,semua ikut.kenapa?kononnya sebab sayang.takut ditinggalkan.memang susah bercinta ni.bukan senang.ada sesetengah orang,sanggup bermati-matian sebab pasangannya.sanggup berkorban apa saja.mengarut semua ni.

Susah kalau single?kenapa?susah bila semua benda perlu buat sendiri.makan.keluar.tengok wayang.jalan jalan.apa guna kawan?kita kadang kadang kena faham kawan kawan yg sedang hangat bercinta.perlu masa bersendirian.bukan boleh teman kita selalu.jadi ta perlu lah na susahkan mereka.mereka punya privacy.jangan pentingkan diri.tengok.susah kan?bukan senang.kadang kadang terasa sunyi.sepi.bosan.na mati.itu ini.boleh jadi gila kalau fikir kan semua tu.jangan fikir.itu terbaik.

aku sendiri da rasa dua dua situasi ni.aku ta pasti sama ada bercinta atau single yang susah.bagi aku sama saja.kenapa kita hidup,kita mesti lalui semua ni?kenapa?sebab ini ujian hidup.supaya kita belajar.belajar dari pengalaman.pengalaman itu penting dalam hidup.hidup pula sangat susah.susah dari semua segi.mana ada benda senang dalam hidup ni.

Aku belajar.aku bersyukur sebab aku ada pengalaman.sekurang kurangnya aku tau.tau untuk hidup sendiri atau berpasangan.aku belajar.aku matang.itu penting.

.Neddy.

Sakit

semua manusia pernah sakit.ta kira la sakit teruk atau sakit biasa.bila sakit sudah tentu ke klinik.paling tidak pun makan ubat.bila da sakit,mesti ta larat dan badan lemah.siapa yang suka sakit kan?aku sebagai seorang manusia pun kalau boleh tana dapat apa apa penyakit.tapi kalau tuhan da berikan penyakit tu,kena redha.berusaha untuk sembuhkan penyakit tu.jangan salah kan sesiapa.jangan salah kan diri sendiri.anggap lah itu dugaan.

Semalam,seorang kawan aku mengingatkan aku semula,yang aku ni berpenyakit.aku sakit.dia mengingatkan aku tentang 'focal liver lesion'.penyakit aku.itu keputusan 6 bulan lepas.aku masih ta faham apa penyakit aku.bila aku tengok kertas yang ditaip kemas tu,aku hanya fikir sakit aku tu ta lah seteruk mana pun.6 bulan lepas doktor beritahu aku untuk buat check up selepas 6 bulan.tapi aku belum terima apa apa surat atau panggilan daripada hospital untuk buat ujian seterusnya.

Jadi aku rasa sakit aku tu mungkin ta seteruk yang difikirkan oleh kawan aku tu.mungkin dia ambil berat.mungkin dia sayang.tah la.aku pun tatau.terima kasih kat dia sebab selalu ingatkan aku.ingatkan aku untuk jaga kesihatan.ingatkan aku untuk jaga makan/minum.terima kasih.

Sekarang aku perlu tunggu panggilan atau surat dari doktor.aku harap penyakit tu akan beransur sembuh.insyaallah.

.Neddy.

Lepak

Hari ni keluar dengan kawan.amoy,nabil dan ija.hilang la jugak kebosanan walaupun keluar kejap.maklumlah.sejak tada boyfriend ni,keluar dengan kawan jur la.kami ke seremban untuk jemput ija yang datang dari klang.lepas tu ke seremban parade.karaoke.aktiviti kami memang itu saja.karaoke atau movie.tada lain.

Selepas karaoke kami pulang.aku sangat penat.ta makan.kononnye na diet.yela.badan da makin berisi.haihh.perlu kan tidur.selamat malam.

.Neddy.

Thursday, July 29, 2010

Kawan atau Lawan

Jangan na percaya orang sangat.itu yang selalu aku fikir.jangan na buat baik dengan orang sangat.itu yang aku selalu buat.kalau ta percaya orang,memamg susah na berkawan.tapi ta payah na percaya sampai gred A++ sebab hati orang kita tatau.kalau boleh baca memang senang.ta payah susah susah na kenal hati budi orang tu.

Aku tiba tiba terfikir yang aku pernah ada kawan yang aku anggap kawan baik aku jugak yang dulu nye memang baik sangat dengan aku.keluar sama.shopping sama.kongsi masalah sama.dia pun bukan ada ramai kawan.aku kesian.aku sayang dia.tapi aku ta sangka mulut dia tu '7 mouths' bak kata mujuz.selama aku kawan dengan dia aku ta pernah buat masalah dengan dia.aku tatau kenapa dia macam tu.

Yela.nama pun manusia kan?boleh berubah bila bila masa dan mulut memang ta boleh na tutup.ada ke kawan sendiri na buruk kan kawan kat orang lain?itu adat.adat untuk orang yang cemburu kan orang lain.ta payah na cakap orang itu ini sebab bila anak kau da besar nanti,tatau na jadi apa pulak kan?so,aku nasihatkan KAU janganlah na bercerita hal orang kalu kau tatau apa apa.tapi tapa,aku da lama maafkan kau.

Aku rasa kita ni hidup ta payah na percaya dan baik sangat dengan orang.nanti orang pijak kepala kita.fikir la orang yang di sekeliling kita ni kawan atau lawan.

.Neddy.

Update

Ye.aku tau sudah lama aku ta meng-update blog aku ni.bukan apa.banyak sangat na di-update kalau na ikutkan apa yang ada dalam fikiran aku ni.yela.setiap hari macam macam benda yang jadi kat kita kan?so takan semua benda kita na tulis,na hebah,na bagitau orang kan?tapi sebenarnye bukan itu yg dipersoalkan sekarang.aku cuma malas jur na update blog ni.aku busy dan tada masa na update blog.

Tapi bila fikir fikir balik,buat apa aku sign up blogger ni kalau aku tana tulis blog?buat apa aku create account blogger kalau aku tada cerita na tulis?so sekarang,aku kena la rajin rajin kan diri tulis blog.bukan susah pun kan?taip jur.pastu post.habis.

aku harap aku akan jadi rajin update blog ni.kesian dia kalau aku tinggalkan ta berisi. ;)

.Neddy.

Monday, June 7, 2010

HELLO BLOG!

it's been long time i didn't update my blog..
hello blog!
hello reader!
I'M BACK!

Monday, March 1, 2010

PHOTOSHOOT SESSION 2





DATE : 28. 02. 2010
LOCATION : MALACCA

this is my second photoshoot. this time with the international students.. just both of us, me and adila, the malaysian.. apa yang boleh dikatakan, photoshoot this time memang fun habis.. semua buat keja memang professional.. nanti if ada pic yang photographer tu snap, aku upload oke.. pic die boleh tahan style la.. i loike!

PHOTOSHOOT SESSION 1








DATE : 24. 02. 2010
LOCATION : TAMAN TASIK TITIWANGSA

first time photoshoot neh, memang penat gila babi la kan.. dah la tatau macam mana na pose.. photographer lak tana bagitau macam mana pose yang dia na kan.. dah la shoot tengah tengah hari buta.. memang best and kena banyak sabar.. bukan senang kot na jadi model neh.. tengok jela program America's Next Top Model tu.. tengok pun tau susah kan.. bab makan apatah lagi.. memang ta sempat.. malam right after the photoshoot barula sempat na makan.. haihh.. sabar jela.. tapi kan memang banyak experience la.. so, sapa sapa yang teringin na jadi model tu, fikir la dulu kot.. konklusi nya memang la teamat susah..