Wednesday, November 24, 2010

Lemah dan Bodoh

perempuan menjadi lemah apabila dia jatuh cinta dengan seorang lelaki.kerana wanita mempunyai hati yang lembut.mungkin ada perempuan yang luarannya saja nampak kuat tetapi hakikatnya dia lemah di dalam.aku ta menafikan itu.sebab aku pun perempuan.apa yang aku ingin katakan di sini,walaupun seseorang perempuan itu lemah,perlukah dia menjadi bodoh kerana seorang lelaki?

aku mengaku pernah suatu ketika dahulu aku jadi bodoh kerana lelaki.tetapi pengalaman mengajar aku supaya tidak menjadi bodoh sampai bila bila.ramai juga kawan kawan aku yang jadi bodoh sebab lelaki.

walaupun lelaki itu buat macam macam,perempuan itu setia dengan dia.walaupun dimaki hamun,diherdik,ditampar,disepak terajang,tapi perempuan itu tunduk pada lelaki itu tanpa berkata apa apa.ada yang sanggup menanggung lelaki yang dicintainya sehingga sanggup bergadai dan berhutang.ada yang sanggup dimaki dan diterajang.

apabila ditanya,kenapa masih setia dengan lelaki itu walaupun dia sanggup buat begitu?jawapan perempuan sama.SAYANG.bila mendengar perkataan itu aku jadi mual,rasa na bagi penampar pun ada.come on la.kalau kau saja yang sayang lelaki macam tu,tapi lelaki tu sedap menggunakan diri kau,sayangkah namanya?

apa yang kau dapat?

jangan bagi alasan kau sayang dan ta kuat.kau sebenarnya bodoh.sebab benda da ditunjuk.perlu ke kau bercinta dan sayang lelaki yang ta tahu na hormat kau sebagai perempuan?siapa dia na sepak terajang kau?siapa dia sampai kau yang kena tanggung hidup dia?ta tahu malukah dia?

semua orang diberi otak,fikir.bukan tiada lelaki lain lagi dalam dunia ni.cukuplah bagi alasan sayang walaupun hati kau sakit,badan kau pun sakit.sampai bila?kalau aku,ta sanggup.sebab bila aku diperlakukan begitu,aku tahu,lelaki itu saja menggunakan aku untuk kesenangan dia dan tempat dia melepaskan marah.terang terang dia ta cintakan aku.jadi,keputusan yang aku buat,tinggalkan saja lelaki ta guna macam tu.senang.

jangan jadi BODOH sebab lelaki yang ta guna,dayus.harus jadi kuat.

.Neddy.