Friday, August 27, 2010

I Lie

i do love you
i do miss you
i really want you in my life
i'm so into you
i lie

you're the best
the best among the best
you're the great
the great among others
you're my love
the love i never had
i lie

i smile when you're beside me
i laugh when you're funny
i care when you need me
i cry when you're not with me
i'll die if u dump me
i lie

i want you to marry me
i want you to hug n kiss me
i want you to wipe my tears
i want you be right beside me
always
but
i lie

Buka Puasa

semalam aku berbuka puasa dengan keluarga aku di Legend International Hotel.kami berempat.sudah lama tidak keluar sekeluarga.dan pada bulan yang mulia ini lah saja peluang yang ada memandangkan masing masing sibuk dengan komitmen masing masing.rindu.

kami sekeluarga bertolak dari rumah pada pukul 6.50pm setelah kami menonton sinetron indonesia kegemaran kami sekeluarga iaitu Cinta Kirana.itu pun tidak habis menonton kerana mahu cepat.bertolak ke sana menaiki kereta ayahku.sampai sampai sudah berbuka.kami terus menghala ke bahagian air.kami memilih air 'tebu' untuk membasahkan tekak dan membatalkan puasa.kemudian mencari tempat duduk yang kosong.jauh dari orang ramai.penuh.aku meneguk air 'tebu'.ahhh.bukan tebu.tetapi mangga.ibu dan kakak ku bangun dari duduk untuk mengabil juadah berbuka.aku membontoti mereka.donat coklat yang aku ambil dahulu.kuew teow menjadi pilihan selera aku malam itu.

sedang aku menikmati juadah,kakak aku menegur ku.memberitahu seorang mamat banquet di situ macho.ahaha.aku pun berpaling dan melihat mamat itu.hurm.boleh tahan.bisik hatiku.aku terus mengahabiskan kuew teow goreng di pinggan.donut itu keras.hilang selera.aku bangun semula untuk mendapatkan pencuci mulut yang lain.puding menjadi pilihan.kami makan sehingga perut penuh.ini yang aku ta suka apabila buka dan makan makanan buffet.semua ingin dicuba.saampai limit perut sendiri pun suda maximum.selepas makan aku menunggu amoy dan nabil untuk mengambil aku dan pergi melepaskan geram.hee.kami pun bergerak dan ke karaoke.kenyang dan puas hati.semasa di hotel,aku ada mengambil beberapa gambar.

selepas karaoke aku pulang dan terus tidur.aku sudah lama tidak merasa segembira begitu.rindu keluarga aku sangat.i will die for them if i have to. <3

.Neddy.

Wednesday, August 25, 2010

I Don't Give a Fuck

Everytime you go away
It actually kinda makes my day
Everytime you leave you slam the door

You pick your words so carefully
You hate to think you're hurting me
You leave me laughing on the floor

Cause I don't give it up, I don't give a damn
What you say about that
You know I don't give it up, I don't give a damn
What you say about that
You know I'm not gonna cry, about some stupid guy
A guy who thinks he's all that

I thought we were just hanging out
So why'd you kiss me on the mouth
You thought the way you taste would get me high

You went to all your friends to brag
Guys are always such a drag
Don't you know the reason that I kissed you was to say goodbye

Tuesday, August 24, 2010

Suka

kenapa aku suka kau?maaf aku tiada jawapan untuk itu.

.Neddy.

Stalker

aku buat formspring bukan na orang kutuk aku.kalau ta suka cakap depan depan.ta perlu na ask or talk as ANONYMOUS.bodoh.inilah manusia.pantang tengok orang senang sikit.mula la na kutuk la apa la.kadang kadang aku kesian orang macam ni.agaknye dia cemburu kan orang lain.yela.mungkin dia ta pernah dapat apa yang aku dapat.ta pernah ada kawan macam aku ada.ataupun ta dapat berkawan dengan aku.mesti dia bengang.

kalau KAU ta puas hati,cakap depan depan,tunjukkan diri kau.kau PENGECUT la.kalau kau lelaki memang kau ta ada telur.kalau kau perempuan kau memang ta cukup sempurna na tunjukkan diri kau.sebab kau banyak kutuk aku.kesian.

ouh ye.tentang kaya atau miskin tu,aku ta pernah sama sekali mengaku yang aku kaya.ta tahu la pula kalau kau anggap aku macam tu.tentang aku gila harta,aku rasa mak bapak aku bagi cukup kat aku.ta perlu aku na gila harta orang lain.kalau aku gila harta sekali pun,aku ada usik harta kau ke?kalau ada kau beritahu aku.yang aku berkawan dengan orang kaya tu,memang kawan kawan aku ramai yang kaya.kau cemburu ke?boleh dikatakan semua kawan aku kaya la.cuma ada yang ta tunjuk.sebab mereka ta sebodoh dan sebangang kau yang aku sendiri ta tahu kau kaya macam mana.pasal kereta aku,aku bersyukur la aku ada MYVI saja.ta kisah la sama macam kancil ke,murah ke,beli pakai loan ke.janji aku ta guna duit kau bayar kereta aku.dan tentang aku ni 'broken english' aku rasa kau lagi ta tahu langsung na speaking kan?yang kau tahu mengutuk orang dalam bahasa melayu.ahaha,kesian gila aku tengok kau ni.

apa apa pun,aku bukan budak budak macam kau.kalau orang macam kau ni terus dilayan,aku pun jadi sama sama bodoh macam kau.ta perlu la na sorokkan identiti dri kau kalau kau berani atau pun ta puas hati dengan aku.cakap depan depan.aku boleh terima.

sempena bulan ramadhan ni,aku maafkan KAU yang banyak sangat kutuk aku.fyi,nobody's perfect and don't think that you're the only one who is really perfect.semua keistimewaan kau,kelebihan kau atau kekayaan kau sementara saja.itu milik tuhan.terima kasih kepada kau.

.Neddy.

Saturday, August 21, 2010

Close Friends

Semalam hari yang paling gembira bagi aku.setelah sekian lama kami merancang untuk berjumpa dan melepak,akhirnye menjadi juga.kawan rapat aku,Joshua yang aku kenal sejak mula mula aku memasuki INTI college.dia memang rapat dengan aku sehinggalah dia bertukar college.sejak dari itu,kami sudah lama tidak melepak bersama.jumpa pun kebetulan sehinggalah hari semalam.

Aku dan G3 bertolak ke petaling jaya berdua.manakala Joshua sudah tunggu di Piccadilly petaling jaya.sampai saja kami memesan makanan.borak borak.masing masing da berisi.ouhh dia kata aku da put on weight.thanks Josh!you should say it to yourself.brr.kami melepak dan mengambil gambar.

Selepas itu kami ke changkat bukit bintang.lepak di sana pula.kemudian terus ke Asia Cafe untuk mengisi perut.kami merantau satu KL.tetapi memang aku sangat berpuas hati malam itu.dapat kenal kawan kawan Josh.mereka sangat happening.

Sesudah makan,aku dan G3 bertolak pulang ke nilai.ahh.aku rindu mereka.sangat rindu dan harap harap dapat lepak lagi seperti semalam

I love you Joshua and G3!

.Neddy.

Stoned

Aku bukan 'spare tyre' kau la
Aku bukan tempat kau lepaskan kebosanan
Aku bukan perempuan 'wild'
Aku bukan budak budak
Aku bukan bodoh
Aku bukan 'desperate' sangat na ada boyfriend
Aku bukan marah kau
Aku bukan cemburu
Aku bukan gila kan boyfriend orang
Aku bukan kawan dengan orang kaya saja
Aku bukan pilih kawan
Aku bukan macam yang kau fikirkan

Aku hanyalah aku

.Neddy.

Thursday, August 19, 2010

Gurau

Mengenangkan satu hari tu,entah kenapa aku panas baran sangat kat kawan aku yang seorang ni.lelaki.aku tau dia memang suka bergurau.aku pun suka bergurau.tapi gurau itu ada had nye.betul ta?bukan semua benda kita boleh gurau.kadang kadang perlu fikir juga hati orang.perasaan orang.jangan main rempuh saja apa yang na disampaikan.

Aku bukan jenis manusia yang ta boleh bergurau.tapi bila da sampai tahap melibatkan maruah aku,memang aku ta boleh terima la.aku pun ada maruah.ada perasaan.aku bukan batu yang ta ada perasaan.aku ni manusia.perempuan.cepat tersentuh.jangan bergurau kalau ta reti macam mana na gurau.jangan gurau kalau tatau orang suka atau ta.

Kalau ta kenal aku,ta payah na bergurau sangat.jangan suka suka na cakap 'yela,kau date dengan orang kaya jur,orang miskin macam aku ni kau tana date'.kau ingat aku apa weyh?perempuan sundal ke?setahu aku,bukan semua lelaki yang aku keluar tu kaya.ada je yang biasa.na gurau pun agak agak la.ayat kau tu menyakitkan hati.

Apa apa pun aku minta maaf lah kat KAU kalau aku ni terlalu cepat tersentuh dengan gurauan kau tu.tapi aku memang ta boleh terima.maaf.

.Neddy.

Give Up

'Sedang orang yang kau sayang berkasih-kasihan,bergenbira,bersama tapi kau bersendirian bertemankan diri kau sendiri.bertemankan rokok.bertemankan telefon bimbit'.

Itu ayat yang selalu bermain-main di fikiran aku.selalu.setiap masa.setiap saat.entahla.kenapa aku na fikir benda yang ta akan jadi hak aku selama-lamanya?kenapa aku na berharap kat benda yang aku tau aku takan dapat?dia bahagia.dia gembira.aku?sedih.sedih mengenangkan yang aku ini hanyalah kawan dia sahaja.sampai bila aku na jadi begini?

Aku give up.maafkan aku.

.Neddy.

Saturday, August 14, 2010

Cinta

Orang cakap cinta mana boleh dipaksa.memang betul.tapi kalau da suka sangat tapi tada respond dari orang yg disukainya itu,macam macam benda sanggup buat demi mendapatkan apa yang dihajati.aku agak keliru dengan perkataan 'cinta','suka' dan 'sayang'.bagi aku semua ketiga-tiga perkataan itu berbaza definisinya.tetapi kenapa ramai orang masih ta faham apa maksud ketiga-tiga perkataan yang melibatkan perasaan itu.

CINTA itu buta.apabila seseorang itu mempunyai perasaan sayang dan suka terhadap seseorang yang lain sehingga sanggup berkorban apa saja,itulah namanya cinta.cinta kan seseorang bukanlah kerana paras rupa atau harta benda.tetapi dalamannya.hatinya.

SUKA itu biasa.apabila seseorang itu melihat seseorang yang lain,dia terus menyatakan bahawa dia menyukainya.mungkin suka kerana paras rupa kerana perkataan suka itu common sangat.selalu kita dengar 'saya suka awak'.'I like you'.sangat common.

SAYANG itu derita.apabila seseorang itu ada perasaan sayang terhadap seseorang yang lain,memang susah untuk melepaskannya.dia akan terus mengambil berat tentang orang yang disayanginya itu.dia ta sanggup kehilangan orang itu.jika dia ditinggalkan atau dipisahkan daripada orang itu,dia akan rasa sakit.sakit yang teramat sangat.

Cinta,Suka dan Sayang memang berbeza.fikirlah kau yang mana sebenarnya terasa di hati kau.bukan susah na bezakan.tepuk dada tanya selera.jangan bermain-main dengan perasaan dan kata-kata sendiri.mungkin bagi kau semua definisi aku ini salah.ini pendapat aku.kalau ta setuju boleh comment.

.Neddy.

Thursday, August 12, 2010

Critical Analysis

tadi selepas sahur aku tidur semula.aku minta housemate aku kejutkan pukul 7am.tetapi dengan mata yang malas dan badan yang lemah aku sambung tidur semula.aku bangun lambat.pukul 7.40am.bangun terus mandi.selepas mendandan diri,terus aku pandu kereta ke kelas.hari ini hari pertama aku ke kelas 'Critical Analysis'.

masuk ke kelas,lecturer sudah mula mengajar.hampir separuh juga la yang diajarnya.aku buntu.aku mengantuk.aku lapar.maklumlah puasa.fikiran aku hanya ingin pulang ke rumah saja.letihnya.di papan putih di hadapan aku tertulis kemas dengan marker pen berwarna biru; 'Claim' dan 'Argument'.arghh.aku memang ta faham.blur.memang salah aku sebab masuk kelas lambat.tapi na buat macam mana.da aku bangun lambat.

tiba tiba lecturer meminta kami memberi 'Claim' kami sendiri.selepas mendapat 'Claim', perlu memberi 'Argument' pula.hampir 15minit aku menatap kosong kertas putih di hadapan aku dan bermain-main pen di jari-jemari aku.sumpah aku ta faham.nasib aku memang baik.sebab lecturer aku tu menerangkan semula apa itu 'Claim' dan 'Argument'.rupa-rupanya senang saja.ingatkan susah sangat.dengan semangat, aku terus menulis apa yang ada di minda aku pada waktu itu.jawapan aku betul.bangga.

itu lah yang aku pelajari untuk subjek Critical Analysis.subjek ini perlu banyak berfikir.aku memang ta suka berfikir melainkan aku faham sesuatu benda itu dan aku mampu memberi pendapat aku sendiri.subjek ini juga perlu banyak membaca sebab kebanyakan benda aku mesti tahu seperti sesuatu fakta.haihh.memang aku ta suka membaca tapi aku akan cuba.semangat perlu ada barulah boleh berjaya.

.Neddy.

Tuesday, August 10, 2010

Puasa

Hari ini hari pertama berpuasa untuk tahun 2010.sekejap masa berlalu.sangat pantas.baru rasanya beraya tahun lepas.sudah hampir setahun.tahun sebelum mesti bersahur dengan keluarga.tapi tahun ini,buat pertama kalinya aku bersahur tanpa keluarga.sedihnya.

Tapi ta apa.aku akan balik ke pd untuk berbuka dengan keluarga.uhhh.ta sabarnya.harap harap puasa hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.marilah berdoa bersama-sama supaya kita umat islam dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.insyaallah.

Selamat Berpuasa. :)

.Neddy.

Why?

Tulisan kali ini adalah mengenai seorang lelaki yg aku kenal dan tiba tiba dia membenci dan melarikan diri dari aku.cukup lah aku kenal kan dia sebagai '3'.memang macam tada kena mengena tetapi biar je la.agak lama aku kenal 3.kenal di mana ta perlu lah aku beritahu.dia baik.cool.penyabar.mula mula mengenali 3 aku sudah mula tertarik dengan dia.sebab dia baik sangat bagi aku.tetapi bila sudah lama kenal,kita dapat tahu hati budi dan perangai sebenar orang itu.mungkin silap aku juga ta mengenalinya terlebih dahulu.memang kesilapan yang sangat besar yang telah aku lakukan.dan mempercayainya seratus peratus.

Aku bukanlah jenis yang cepat bosan.tetapi aku paling pantang kalau berkali kali aku tegur benda yang aku ta suka dan orang itu ta mahu dengar,just fuck off.aku da malas na layan.aku tegur untuk kebaikan,bukan keburukan,berubah untuk diri sendiri,bukan orang lain.memang susah na berubah.tapi boleh cuba bukan?

Hari demi hari aku kurang dan malas menghubungi 3.ta tahu kenapa tapi perasaan itu menyuruh aku menjauhkan diri dari dia.bukan ta sayang.bukan bosan.bukan ada orang lain.cuma aku fed up!da lama aku sabar.suruh kau berubah.tapi ta.kau ta buat.yang kau tahu hanya na berkepit dengan aku 24jam.bukan aku ta suka.tapi meluat.maafkan aku 3.aku buat semua ini untuk kebaikan aku dan kau.

Tapi kenapa kau senyap begitu saja?aku na kata putus jika kau ta mahu berkawan dengan aku lagi.aku ta mahu bermusuh.itu bukan aku.kenapa aku mintak barang kepunyaaan aku yang ada pada kau,kau ta mahu bagi?bukan susah.itu barang aku.hak aku.milik aku.aku hanya mahu kan hak aku.aku mesej kau ta balas.aku telefon kau ta angkat.yang aku dapat ugutan dari kau.seolah olah kau mahu kena kan aku balik.

Mungkin aku salah.aku mengaku salah aku.tapi,untuk apa kita bermusuh?benci mana pun kau kat aku,aku ta rugi apa apa.itu hak kau na buat apa apa pun.aku ini hanya seorang perempuan yang lemah dan ta mampu melakukan apa apa.tapi ingat lah,tuhan itu mendengar doa orang yang lemah.aku ta la baik,tetapi alhamdulillah,aku masih ingat tuhan aku.aku masih percaya pada-Nya.

Kepada KAU,harap kau bahagia dan gembira dengan apa yang kau da lakukan pada aku.mungkin hari ini hari kau dan aku percaya esok lusa pasti ada hari aku.aku tunggu kau hubungi aku.aku cuma mahukan barang dan hak aku.itu saja.

.Neddy.

Sunday, August 1, 2010

Gentleman

Semua wanita suka lelaki yang gentleman.bagi aku gentleman bermaksud lelaki tu cool dan bertanggungjawab.ta kesah la dengan sesiapa pun dia na jadi cool dan bertanggungjawab.bukan dia jadi gentleman depan wanita yang disukainye saja.keluarga,kawan kawan dan kekasih.menjadi seorang yang gentleman bukan sengaja dibuat buat.sifat itu memang wujud di dalam diri lelaki tu.yelah.selalunye seorang lelaki yang matang dan boleh berfikir mesti punyai sifat itu.definisi gentleman aku ni,hanyalah pendapat aku sendiri.tatau la kalau orang lain fikir bagaimana.masing masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.

Selama aku kenal perkataan 'gentleman' dan faham maksudnya,macam macam lelaki yang aku kenal kebanyakkan nye memang gentleman.tapi ada sesetengah lelaki tu,aku tatau la.mungkin dia belum matang.atau tatau na jadi seorang lelaki macam tu.pengalaman mengenali ramai lelaki memang unik.sebabnya,dengan mengenali lelaki itu,aku dapat mencari lelaki gentleman-ku.entahlah.aku sangat suka lelaki gentleman.auww!

Pengalaman aku mengenali perangai lelaki memang banyak.yang tatau na jadi gentleman tu memang kelakar.na tau kenapa?mereka yang bernama lelaki ta gentleman ni mengajak aku keluar.dan yang paling pelik sekali apabila makan atau membuat sesuatu aktiviti seperti menonton wayang,kami perlu bayar asing asing atau pun aku yang perlu bayar semua bil!omg!lain lah kalau aku yang mengajak dia.aku bukan berkira.aku sanggup belanja daripada bayar asing asing begitu.aku ta kesah kalau masa keluar tu ada orang lain atau pun dia tu sememngnya kawan kawan aku.itu perlulah na bayar asing asing kan?ini kau ajak aku 'date' lepas tu aku yang kena bayar semua.apakah?!itu satu hal.paling meggelikan aku apabila lelaki itu mengajak aku keluar dan menyuruh aku datang dan menjemput dia.kalau kau duduk sebelah rumah aku,ta kesah la.ni duduk kat kl,kedah,pahang dan lain lain.aku ada kereta bukan na pergi jumpa kau la.kereta untuk menyenangkan aku pergi ke mana mana yang aku mahu.kalau ada hati na jumpa orang,jadi la gentleman sikit,datang dan jumpa aku.bukan susah pun.kalau tada kereta atau kenderaan tu,boleh jur naik KTM ke bas ke.aku boleh jemput di station.aku neh tada la kejam sangat na suruh kau beli kereta ke,sewa kereta ke.bbrrr.

Tapi ta semua lelaki yang aku kenal macam tu.ada jur yang sanggup buat semua sampai terlebih over dan kadang kadang tersangat lah aku ta selesa.sampai aku larikan diri.maafkan aku jika kau orang itu.bukan aku ta suka kau jadi gentleman,mungkian kau memang macam tu.tapi ta perlu lah na over sangat.oke?buat sikit sikit sekadar menyedapkan hati aku sudah cukup.ada juga lelaki yang sanggup datang dari jauh semata mata na jumpa aku.itu baru betul.siapa na jumpa,dialah kena berkorban dan datang.betul ta?kalau aku yang mahu jumpa seorang lelaki itu,aku yang akan datang jumpa dia.aku takan suruh dia datang melainkan dia jauh sangat.aku bukan berani pergi jauh jauh.memandu seorang diri amatlah berbahaya.

Jadi bagi aku,untuk memenangi hati wanita bukan lah susah seperti yang difikirkan.jadilah diri sendiri dan ta perlu lah jadi gentleman sebab na tunjuk hebat atau bagus.sifat tu wujud sendiri dan bukan lah dibuat buat.so lelaki lelaki di luar sana,jadilah seorang lelaki yang cool dan bertanggungjawab.jangan semua benda na mengharapkan kami wanita yang ta boleh na jadi 'gentleman' ni.fahamkan maksud gentleman.itu bagus untuk kau wahai lelaki.

.Neddy.