tadi selepas sahur aku tidur semula.aku minta housemate aku kejutkan pukul 7am.tetapi dengan mata yang malas dan badan yang lemah aku sambung tidur semula.aku bangun lambat.pukul 7.40am.bangun terus mandi.selepas mendandan diri,terus aku pandu kereta ke kelas.hari ini hari pertama aku ke kelas 'Critical Analysis'.
masuk ke kelas,lecturer sudah mula mengajar.hampir separuh juga la yang diajarnya.aku buntu.aku mengantuk.aku lapar.maklumlah puasa.fikiran aku hanya ingin pulang ke rumah saja.letihnya.di papan putih di hadapan aku tertulis kemas dengan marker pen berwarna biru; 'Claim' dan 'Argument'.arghh.aku memang ta faham.blur.memang salah aku sebab masuk kelas lambat.tapi na buat macam mana.da aku bangun lambat.
tiba tiba lecturer meminta kami memberi 'Claim' kami sendiri.selepas mendapat 'Claim', perlu memberi 'Argument' pula.hampir 15minit aku menatap kosong kertas putih di hadapan aku dan bermain-main pen di jari-jemari aku.sumpah aku ta faham.nasib aku memang baik.sebab lecturer aku tu menerangkan semula apa itu 'Claim' dan 'Argument'.rupa-rupanya senang saja.ingatkan susah sangat.dengan semangat, aku terus menulis apa yang ada di minda aku pada waktu itu.jawapan aku betul.bangga.
itu lah yang aku pelajari untuk subjek Critical Analysis.subjek ini perlu banyak berfikir.aku memang ta suka berfikir melainkan aku faham sesuatu benda itu dan aku mampu memberi pendapat aku sendiri.subjek ini juga perlu banyak membaca sebab kebanyakan benda aku mesti tahu seperti sesuatu fakta.haihh.memang aku ta suka membaca tapi aku akan cuba.semangat perlu ada barulah boleh berjaya.
.Neddy.
No comments:
Post a Comment