pernah terfikir pasal masa depan? bagi aku, orang yang ta pernah fikir pasal masa depan adalah orang yang ta ada impian hidup. bila kita tanya, apa na jadi nanti? mesti tatau na jawab apa. apa yang korang akan jadi 10 tahun akan datang?
10 tahun akan datang, umur aku 31 tahun. sudah tua bagi aku. err. bukan tua sangat. sudah cukup dewasa dan cukup matang. masa tu, mungkin aku sudah berkeluarga. impian aku, bila aku umur 31 tahun, aku inginkan keluarga yang bahagia. dan aku na jadi businesswoman yang berjaya. insyaallah. bukan ta mahu bekerja di bawah orang, cuma aku rasa cukuplah bekerja di bawah orang sekadar untuk mendapat pengalaman.
aku ta mahu hidup mewah sangat. ada rumah yang selesa, kereta, cukup makan pakai, boleh shopping (ini wajib oke!) dan ada duit untuk aku beli apa apa yang aku na. hehe. lagi satu, aku tana pakai credit card. susah kot. kalau aku na shopping ke apa apa, aku guna debit card atau cash. ta suka la na hutang banyak banyak. itu janji aku pada diri aku untuk tidak memakai credit card. harap harap tada la mamat dekat shopping complex panggil aku offer buat american express. -.-"
lagi satu aku na tolong family aku. tu yang paling penting. masa tu, aku tana susahkan family aku lagi. cukuplah sekarang diorang da struggle na bagi aku duit untuk study. so, bila umur 31 tu, aku rasa masa tu la aku kena balas jasa diorang. mak aku cakap, nanti da senang, belikan mak purse and bag Gucci oke. ta pun LV. kereta cukuplah Honda Accord. bapak aku? buat masa ni, tada la dia mintak aku lagi kan. haha. aku tau mak aku bergurau. dia cakap macam tu sebab na aku ingat dekat dia. dia bukan na sangat benda benda tu. bukan boleh bawak ke kubur semua tu. tapi Insyaallah, kalau aku senang nanti aku belikan butik butik LV tu kat mak aku. pfft!
aku terfikir na duduk overseas. duduk dekat UK ke kan. tapi tu terpulang la pada husband aku nanti. kalau boleh memang aku tana duduk sini. aku tatau kenapa. memang dari dulu aku da bercita cita na duduk overseas. kalau ada, adala. kalau ta, na buat macam mana. tu benda last la aku fikir.
aku selalu fikir pasal future. penting kot. boleh dikatakan hari hari aku fikir. oke over! aku harap, apa yang aku plan untuk 10 tahun akan datang, akan jadi kenyataan. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
.Neddy.
No comments:
Post a Comment