Wednesday, June 8, 2011

Maaf

kadang aku terfikir, mana silapnya aku sebagai seorang anak. apa salah aku pada mak abah aku. sebenarnya, mereka ta fikir pun yang kita bersalah. cuma kadang kadang aku sendiri yang rasa macam tu. tipulah kalau tada orang yang ta pernah sakitkan hati mak ayah mereka. mungkin mereka ta tunjuk kalau mereka sedih dengan kita. ta semua mak ayah sama.

aku sebagai manusia biasa, normal macam orang lain, ta lari dari silap sendiri. aku mengaku aku pernah tinggikan suara pada mak abah aku. aku mengaku, aku pernah gores hati mereka dengan kata kata gila dari mulut aku.

tapi, lepas buat semua itu, aku ta tahu macam mana aku mahu lafazkan kata kata maaf. susah, berat, macam ada emas dalam mulut aku untuk ucapkan kata sakti itu. mahu salam cium tangan minta ampun, lagi aku malu. aku malu dengan diri aku yang da lukakan hati mereka.

bukan sebab ego aku tinggi menggunung. entahlah. aku sendiri ta faham apa yang aku fikir. niat untuk ucapkan kata maaf, memang selalu ada. bila mahu buat, macam ada orang tarik aku, cakap ta perlu buat. jahatnya aku sebagai seorang anak.

*derhaka kah aku? berdosakah aku?

.Neddy.

No comments: