Sunday, June 12, 2011

Resepi Bread Butter Pudding

ini adalah salah satu favorite dessert aku. senang na buat and memang sedap. so, aku na share dengan korang macam mana na buat Bread Butter Pudding neh. selamat mencuba!

Bahan-bahan Pudding :
7 keping roti
500ml susu full cream
4 sudu besar butter
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 1/4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanilla essence

Bahan-bahan Sauce :
500ml susu full cream
2 sudu besar brown sugar
1 1/2 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil garam


Cara-cara Membuat Pudding :

1- koyakkan roti kepada 4 bahagian dan letakkan di dalam loyang. tuangkan susu full cream ke dalam loyang tersebut. biarkan dulu ye.

2- pukul butter dan gula halus sampai ringan. masukkan telur satu persatu. kacau sampai sebati. then, masukkan vanilla essence untuk wangikan dia. last sekali, masukkan tepung jagung dan sebatikan.

3- bila adunan da sebati, masukkan ke dalam loyang yang ada roti dan susu tadi. ratakan seperti gambar di bawah.

pudding sebelum dibakar

4- sebelum korang buat adunan tu tadi, jangan lupa pre-heat oven dulu. dalam 180.C ye. kang lambat pulak masak kalau ta pre-heat dulu.

5- da siap ratakan dan oven pun da panas, bakar pudding di dalam oven selama lebih kurang 35 minit. depends la oven korang tahap kepanasan dia macam mana.



Cara-cara Membuat Sauce :

1- campurkan kesemua bahan dalam periuk. masak di atas api yang kecik. kalau api besar, nanti custard tu keras. so, kena kacau saja sampai likat.

sauce siap!


so, bila pudding da siap bakar, sauce pun da masak, boleh la makan! hidangkan macam gambar kat bawah neh. senang kan? apa lagi, try la buat. makan sekali, serious mesti na lagi. pudding neh, kalau ikut resepi yang diberi, ta manis pun. rasa dia sedap sedap la. cuba tau!

Bread Butter Pudding


p/s : ini resepi BFF saya, Syazli Anwar. hehe.

.Neddy.

2 comments:

asilahkassim said...

ok nak cuba resepi, tq :-)

Neddy Razak said...

asilahkassim : thanks! selamat mencuba!