Sunday, August 1, 2010

Gentleman

Semua wanita suka lelaki yang gentleman.bagi aku gentleman bermaksud lelaki tu cool dan bertanggungjawab.ta kesah la dengan sesiapa pun dia na jadi cool dan bertanggungjawab.bukan dia jadi gentleman depan wanita yang disukainye saja.keluarga,kawan kawan dan kekasih.menjadi seorang yang gentleman bukan sengaja dibuat buat.sifat itu memang wujud di dalam diri lelaki tu.yelah.selalunye seorang lelaki yang matang dan boleh berfikir mesti punyai sifat itu.definisi gentleman aku ni,hanyalah pendapat aku sendiri.tatau la kalau orang lain fikir bagaimana.masing masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.

Selama aku kenal perkataan 'gentleman' dan faham maksudnya,macam macam lelaki yang aku kenal kebanyakkan nye memang gentleman.tapi ada sesetengah lelaki tu,aku tatau la.mungkin dia belum matang.atau tatau na jadi seorang lelaki macam tu.pengalaman mengenali ramai lelaki memang unik.sebabnya,dengan mengenali lelaki itu,aku dapat mencari lelaki gentleman-ku.entahlah.aku sangat suka lelaki gentleman.auww!

Pengalaman aku mengenali perangai lelaki memang banyak.yang tatau na jadi gentleman tu memang kelakar.na tau kenapa?mereka yang bernama lelaki ta gentleman ni mengajak aku keluar.dan yang paling pelik sekali apabila makan atau membuat sesuatu aktiviti seperti menonton wayang,kami perlu bayar asing asing atau pun aku yang perlu bayar semua bil!omg!lain lah kalau aku yang mengajak dia.aku bukan berkira.aku sanggup belanja daripada bayar asing asing begitu.aku ta kesah kalau masa keluar tu ada orang lain atau pun dia tu sememngnya kawan kawan aku.itu perlulah na bayar asing asing kan?ini kau ajak aku 'date' lepas tu aku yang kena bayar semua.apakah?!itu satu hal.paling meggelikan aku apabila lelaki itu mengajak aku keluar dan menyuruh aku datang dan menjemput dia.kalau kau duduk sebelah rumah aku,ta kesah la.ni duduk kat kl,kedah,pahang dan lain lain.aku ada kereta bukan na pergi jumpa kau la.kereta untuk menyenangkan aku pergi ke mana mana yang aku mahu.kalau ada hati na jumpa orang,jadi la gentleman sikit,datang dan jumpa aku.bukan susah pun.kalau tada kereta atau kenderaan tu,boleh jur naik KTM ke bas ke.aku boleh jemput di station.aku neh tada la kejam sangat na suruh kau beli kereta ke,sewa kereta ke.bbrrr.

Tapi ta semua lelaki yang aku kenal macam tu.ada jur yang sanggup buat semua sampai terlebih over dan kadang kadang tersangat lah aku ta selesa.sampai aku larikan diri.maafkan aku jika kau orang itu.bukan aku ta suka kau jadi gentleman,mungkian kau memang macam tu.tapi ta perlu lah na over sangat.oke?buat sikit sikit sekadar menyedapkan hati aku sudah cukup.ada juga lelaki yang sanggup datang dari jauh semata mata na jumpa aku.itu baru betul.siapa na jumpa,dialah kena berkorban dan datang.betul ta?kalau aku yang mahu jumpa seorang lelaki itu,aku yang akan datang jumpa dia.aku takan suruh dia datang melainkan dia jauh sangat.aku bukan berani pergi jauh jauh.memandu seorang diri amatlah berbahaya.

Jadi bagi aku,untuk memenangi hati wanita bukan lah susah seperti yang difikirkan.jadilah diri sendiri dan ta perlu lah jadi gentleman sebab na tunjuk hebat atau bagus.sifat tu wujud sendiri dan bukan lah dibuat buat.so lelaki lelaki di luar sana,jadilah seorang lelaki yang cool dan bertanggungjawab.jangan semua benda na mengharapkan kami wanita yang ta boleh na jadi 'gentleman' ni.fahamkan maksud gentleman.itu bagus untuk kau wahai lelaki.

.Neddy.

1 comment:

NJ said...

I like ths post!