Tuesday, May 10, 2011

Joey

kali ni aku na cerita pasal kucing aku, Joey. nama diberi sempena nama salah satu character dalam cerita Oggy & the Cockroaches. memang aku addicted dengan cartoon tu. jangan tanya kenapa. oke berbalik pada cerita si Joey.

ceritanya bermula begini. aku selalu lepak Bangi Kopitiam dekat area PD, hometown aku. memang boleh dikatakan seminggu tu dua tiga kali la aku datang lepak. sampai brother kerja situ pun da kenal aku dan tau setiap kali aku datang, mesti dia bagi aku free whipped cream. haha.

tengah tengah lepak tu, ada la dua tiga ekor kucing yang mengharapkan sesuap nasi untuk diisi ke dalam perut mereka berkeliaran dekat kawasan kopitiam tu. dalam banyak banyak kucing dekat situ, seekor saja yang menarik perhatian aku. badan belang belang kelabu. muka ala ala jambu dan innocent. selalu jugak aku main main dengan dia. seriously, selama ni aku geli na pegang kucing jalanan. aku rasa kotor. tapi tengok si belang belang kelabu yang bersih, aku beranikan diri pegang dan dukung dia.

setelah tiga kali aku cakap aku na bawak dia balik, barulah jadi aku bawak dia balik rumah. masa first time cakap na bawak balik tu, aku macam ragu ragu lagi. so, ta jadi la bawak. second time, aku cari dia, tada. dia ta datang pun lepak dekat table aku. melepas lagi. third time, aku nampak dia, aku terus suruh member aku pegang dia. last last dapatla bawak balik. heh.

ni la gambar gambar Joey yang kemain riang lagi duduk rumah aku -.-"


p/s : serious, ni first time aku bela kucing aku sendiri. rumah aku memang ada 4 ekor persians tapi tu akak aku punya and aku ta pernah amek port pasal dorang. hehe. semoga Joey suka hidup dengan saya.

.Neddy.

2 comments:

NJ said...

baiknya hati jaga kucing kaki lima :)
cayaaaa la nadd !

Neddy Razak said...

lynn : haha. dia comel sebab tu aku amek. hehe.