Friday, March 25, 2011

Manusia

manusia punya hati yang berbeza
manusia punya zahir yang berbeza
manusia punya kesilapan yang berbeza
manusia punya akal dan fikiran yang berbeza

kita tidak boleh samakan semua manusia dengan manusia lain
jika manusia tidak pernah buat kesilapan
jangan dipanggil manusia
kerana manusia bukanlah sempurna

jika ada manusia yang melakukan kesilapan
dia perlu meminta maaf
dan manusia lain perlu memaafkan
kerana itu yang terbaik untuk setiap manusia

aku juga manusia
manusia biasa yang melakukan kesilapan
tetapi jangan hukum aku kerana aku lemah
aku tidak mampu menanggung semua kesilapan aku terhadap manusia lain

aku ungkapkan kata maaf di sini
kerana aku tidak mahu manusia menjadi musuh aku
manusia manusia di alam ini adalah sahabat aku
kerana musuh aku hanya yang satu itu

.Neddy.

No comments: