Thursday, March 10, 2011

Menipu

mesti semua orang pernah menipu kan? tipulah kalau ta pernah menipu. bagi aku, manusia menipu bersebab. ada beberapa sebab manusia menipu. antaranya ialah :
  1. sebab na jaga hati orang
  2. sebab memang suka menipu
  3. sebab tana orang tahu apa yang dia buat (konon innocent)
  4. sebab na tunjuk diri dia bagus di mata orang lain
  5. sebab na selamatkan diri
sebab 1 :
ini alasan yang paling common sekali. lebih lebih lagi bagi pasangan yang bercinta. menipu sebab na jaga hati pasangan mereka. contoh situasi ialah bila si A na keluar dengan orang lain, tapi ta beritahu si B. sebab dia tahu si B ta suka si A ni keluar dengan orang lain. jadi, si A terpaksa menipu. kata tertidur la (alasan paling hangat), battery phone habis la. macam macam alasan. dia takut na beritahu si B sebab takut si B marah dan merajuk. jadi terpaksa la menipu.

sebab 2 :
ini memang ta boleh diubah. kalau perangai da suka menipu, memang ta boleh dimaafkan. orang macam ni kalau ta menipu, ta sah. ta boleh hidup agaknye kalau ta menipu. agaknye badan rasa gatal gatal kot kalau ta menipu. orang macam ni, kita boleh tau dia menipu. sebab kadang kadang kalau dia menipu, memang ta logik langsung.

sebab 3 :
oke la aku bagi contoh senang. sebab menipu ni selalu digunakan untuk menipu mak bapak. yela, siapa tana nampak perfect depan mata mak bapak kan? so, kalau na buat jahat, terpaksa menipu. kalau dulu masa sekolah, na pergi dating, beritahu mak bapak na pergi tuisyen la kelas tambahan la. padahal na berdating dengan si kekasih. sangguplah ponteng tuisyen.

sebab 4 :
orang macam ni kita boleh gelar 'macam bagus' atau pun 'lansi'. aku ada kawan yang ta berapa na kaya. tapi sanggup menipu orang kata diri dia kaya. kata ada ini la, itu la. kira cerita dengan orang tana kalah la. kata bapak business berjuta juta. pakai kereta yang paling mahal dekat dunia. ada yang sanggup mengaku keluarga orang lain (yang kaya) tu, keluarga dia. perlu ke menipu weyh?

sebab 5 :
contoh situasi. si A ajak si B ni lepak sebab da lama ta jumpa dan susah na jumpa. jadi si B berbelah bagi sebab dia da janji dengan si C na lepak sama sama. jadi, si B menipu si A kata ada hal la, mak sakit la, atuk mati la sebab ta boleh na lepak dengan si A. padahal dia da janji dengan si C. so, na selamatkan diri, dia bagi macam macam alasan dekat si A. terpaksa menipu sebab na selamatkan diri.

konklusinya, aku rasa semua orang pernah menipu. cuma sebab sebabnya yang berbeza. tapi, sampai bila kita harus hidup dalam penipuan? susah ke na jadi jujur? orang kata, 'biarlah orang marah kerana kita jujur, bukan marah kerana kita menipu'. sebab sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. sekali kau menipu, sampai bila bila orang susah na percaya kau.

.Neddy.

No comments: