Monday, October 11, 2010

Assignments

hari ni aku sepatutnya hantar kedua dua assignment aku.assignment macroeconomics dan statistics.semalaman aku menyiapkan assignment assignment aku dan pagi tadi barulah assignment tu selesai.dengan senang hati aku pun pergi ke kelas pertama,kelas macroeconomics.melihat kawan kawan lain yang sibuk bincang tentang assignment yang perlu dihantar,aku jadi cuak.

aku pun tanya pada groupmates aku,betul ke apa yang kami buat?yong,salah seorang groupmate aku pergi berjumpa dengan lecturer dan bertanya.bukan salah keseluruhan.perlu ditambah sedikit informasi.mendengar saja perkataan "tambah informasi",aku jadi bengang.dan assignment itu perlu dihantar pada hari khamis.

selepas kelas macroeconomics,aku ke kelas statistics.groupmate aku kata,assignment yang ini memang confirm salah.sebab kami buat menggunakan software komputer.dan software itu tidak ada semua yang dikehendaki oleh soalan.selepas kelas,kami berjumpa dengan lecturer.sah!assignment kami perlu dibuat semula secara manual.Ya Allah!masa tu aku rasa na pengsan.dan yang paling aku rasa na pengsan sangat bila lecturer kata perlu hantar petang ni.OMG!selepas acara bodek membodek,lecturer menyuruh kami hantar assignment itu sebelum pukul 5pm esok.nasib baik.

untuk pertama kalinya selama aku belajar,assignment aku kena reject!sekali dua pulak tu.thanks lecturers!

.Neddy.

No comments: