dan minggu lepas,nenda aku telah keluar dari hospital dan dibawa pulang oleh abah dan kakak aku.lama juga nenda tinggal di hospital kerana tulang belakangnya retak.nenda dibawa pulang ke rumahnya sendiri yang terletak di PD juga.
nenda tiada pembantu rumah.nenda tiada anak yang tinggal di rumahnya.nenda selalu bersendirian di rumah kerana katanya lebih selesa tinggal di rumah sendiri berbanding tinggal di rumah anak anak.biasalah.orang tua memang begitu.apabila ada rumah yang dibeli daripada titik peluhnya sendiri,sudah pasti rumah anak anak yang besar dan selesa macam mana pun dia tidak mahu tinggal.
aku dan mak mencadangkan untuk mengupah pembantu rumah untuk nenda memandangkan dia tidak mahu tinggal di rumah anaknya yang sudah tidak berkerja.nenda memberi alasan seperti biasa.nanti pembantu rumah curi barang kemas lah,duit lah,tidak buat kerja rumah la.memang betul kata nenda itu.tapi dalam keadaan terdesak macam ni,apa lagi yang boleh difikirkan?
hari ahad lepas,aku baru tahu yang mak dan makcik aku yangg lain telah merancang sesuatu yang membuatkan aku terfikir.mak dan makcik aku merancang untuk tinggal di rumah nenda dan menjaga nenda bergilir gilir.mak long aku iaitu satu satunya menantu perempuan nenda,sanggup datang dengan suaminya dari kedah untuk menjaga nenda.aku rasa terharu kerana menantu yang jarang balik sedia menjaga nenda yang tengah sakit.mak ngah aku,mak uda aku dan mak aku sendiri turut meminta cuti untuk menjaga nenda mengikut giliran mereka.
aku bersyukur kerana keluarga aku masih ada sikap mengenang budi terutama apabila soal ibu bapa.aku respect dengann makcik,pakcik dan ibu bapa aku.tidak lupa juga sepupu sepupu aku yang lain yang datang melawat nenda.aku berterima kasih kepada jiran nenda yang datang menolong semasa nenda jatuh.
daripada situasi ini.aku pelajari sesuatu yang amat besar.susah payah ibu membesarkan dan mendidik kita dan kita senang senang saja melawan kata mereka.aku percaya,ramaii remaja zaman ini pernah menengking atau meninggikan suara kepada ibu mereka.aku mengaku aku pernah melakukan itu.tetapi,minta maaflah selepas menyakiti hatinya.jika sekarang pun kita sudah pandai melawan dan meninggikan suara,bagaimana nanti apabila ibu sudah tua dan sakit,sanggupkah kita korbankaan kerja dan masa untuk menjaga dia?sanggupkah kita mandikan dia?sanggupkan kita suapkan dia?tanyalah diri sendiri.apa yang kita dapat jika kita tidak tahu untuk mengenang budi ibu bapa kita?hanya DOSA.
aku tidaklah baik sangat.jadi entry ini untuk semua termasuk lah diri aku sendiri.harap harap apabila besar nanti,aku sanggup menjaga ibu bapa aku tidak kisah sama ada mereka sihat ataupun sakit.
p/s : seorang ibu sanggup menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anak tidak sanggup menjaga seorang ibu.
.Neddy.
No comments:
Post a Comment