Monday, October 4, 2010

Si Pengawas

teringat kembali zaman sekolah dahulu.terutama sekali semasa aku di sekolah menengah.macam macam hal yang terjadi pada masa itu.aku dan sahabat karib aku amoy,tasya dan ain memang tidak akan berpisah.ke mana saja kami pergi pasti berempat.buat apa apa pun pasti berempat.

aku tidak boleh lupa satu kejadian di sekolah dahulu.kalau dikenang semula memang lah kami sangat kejam.tapi bila difikir fikir balik memang lawak.suatu hari itu,kami ingin membalas dendam.dendam ini dendam si kecil molek ain.dia berdendam kerana bengang dengan seorang pengawas di kelas kami.hal apa,itu tidak perlu lah aku cerita kan di sini.hehe.plan kami memang menjadi.idea lawak itu datangnya dari amoy.

kami plan untuk memasukkan telur ke dalam beg si pengawas ini.motif adalah apabila dia duduk di kerusi,telur itu akan pecah.sebabnya pada waktu itu,trend letak beg di atas kerusi.dan apabila kita duduk,kita akan membelakangkan beg itu.

plan itu dirancang sehari sebelum kejadian.amoy akan membawa telur dari rumah.dan dia juga yang akan meletakkan telur itu di dalam beg si pengawas.aku akan cover amoy.ain dan tasya akan cover kami di luar kelas kerana plan itu akan dibuat pada waktu rehat.memang ramai pengawas pengawas yang perlu kami cover.

pada hari kejadian,amoy pula lupa untuk membawa telur dari rumah.kami ingat plan tidak menjadi.mana boleh postponed.kami sudah plan baik.jadi aku dan amoy ke kantin untuk membeli telur.aku ingat lagi makcik kantin itu bertanya apa yang kami na buat dengan telur itu.dengan selamba amoy jawab na buat eksperimen.haha.jadi,makcik itu pun menjual sebiji telur kepada kami dengan harga 20sen.kami beli dua biji.waktu rehat plan yang dirancang berjalan dengan lancar.masing masing menjalankan tugas masing masing dengan bagus sekali.selepas rehat,kami masuk ke kelas seperti biasa.kami buat muka tidak bersalah.masa itu mata pelajaran matematik tambahan.si pengawas pun masuk ke kelas dengan pandangan daringnya kepada ain.si pengawas terus ke kerusinya dan duduk.bunyi kecil yang datang dari telur yang sedang pecah itu membuatkan kami tertawa kecil.habis beg dan baju si pengawas basah oleh kerana telur telur yang pecah di dalam begnya itu.sahabatnya di sebelah hanya melihat dengan pandangan hairan.kami berempat buat buat terkejut.dan yang paling kasihan,dia menangis dan terus meminta izin dengan cikgu untuk ke tandas dengan air mata yang berlinangan tidak berhenti.semasa dia ke tandas,kami melepaskan tawa dengan kuat.memang apa yang dirancang menjadi.

kami berpuas hati dengan kerja kami itu.tidak ada rasa bersalah langsung.semenjak hari itu,dia tidak menegur kami lagi.like we care!janji kami puas hati.kami tidak akan ganggu orang jika orang tidak ganggu kami,itu prinsip kami.

p/s : lain kali dengar cakap cikgu.cikgu ta bagi letak beg atas kerusi,na letak juga.kan da mneyusahkan.pfft.

.Neddy.

4 comments:

Mel said...

best la blog awak! suka saya:)

Neddy Razak said...

juice : ahaha.ta payah na suka sgt ye.hee.

little girl said...

hahah..giler klaka..pdn muke pngwas tuh..hehe

Neddy Razak said...

talya : oppss.kesian dia kot.HAHA.