suatu petang di rumah nenek aku,aku menjalankan aktiviti aku yang macam biasa.main bawah meja makan.masa tu meja makan rumah nenek aku diletakkan di luar rumah.sebab apa,aku pun da lupa.mak dan nenek selalu sound kami,jangan main bawah meja makan.maklumlah,meja antik.dibuat daripada kayu dan bawah meja tu ada paku yang menyambungkan part part meja tu.
mungkin aku suka main 'rumahku,syurgaku' kot masa tu.kira meja makan tu macam rumah la kan.macam biasa mak dan nenek memekak tapi kami buat 'don't know' saja dan terus bermain bawah meja makan.syok apa aku pun ta sure.
sedang bermain,mak panggil aku masuk.aku berlari ke dalam rumah sambil memegang kepala.dan tersenyum macam biasa.mak pandang aku tidak berkelip.dia nampak rambut aku habis basah.dia panggil aku dekat dengannya.aku berlari anak ke arah dia.mak menjerit cemas selepas dia memegang rambut aku yang basah.cecair merah di tangan dia membuatkan dia cuak.mak terus memanggil abah.abah datang dan terus mendukung aku ke dalam kereta untuk ke hospital.
dalam kereta aku masih ingat lagi aku cakap apa.
"yeah yeah na pergi jumpa doktor,yeah yeah!"
aku ulang benda yang sama tanpa menangis.mak dan abah agak pelik sebab aku ta rasa sakit langsung.padahal kepala aku sudah basah dilumuri darah!tapi memang aku ingat apa yang terjadi masa itu.sampailah di hospital,aku masih mengulangi dialog yang sama.aku amat gembira untuk berjumpa dengan doktor.sehiggalah aku dimasukkan ke dalam bilik rawatan.doktor yang merawat aku pun pelik apabila melihat aku ketawa keriangan.aku masih ingat doktor memberitahu mak dan abah yang kepala aku perlu dijahit kerana luka yang sedikit teruk.mak memberitahu doktor yang mungkin kepala aku terkena paku di bawah meja makan semasa bermain.
tanpa membuang masa,doktor mengambil jarum untuk memberi bius kepada aku.melihat sahaja jarum itu,aku terus menangis sekuat kuat hati.tanpa berhenti.aku menolak tangan doktor itu.masa itu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rasa takut aku.dan sampailah aku pengsan selepas dibius.aku tidak ingat apa apa selepas kejadian itu.
masih ada lagi kesan di kepala aku.cuma parut kecil.di situ rambut aku ta tumbuh.damn!tapi cuma kecil saja.itulah,degil lagi na main bawah meja makan yang ada paku.kan da kena.tapi tapa,kenangan kan.
.Neddy.
No comments:
Post a Comment