Friday, December 17, 2010

Nickname

nickname?ramai diantara korang yang mempunyai nama gelaran masing masing.mungkin ia diberi oleh keluarga ataupun kawan kawan.nama gelaran atau nickname ni selalunya diberi kerana sifat fizikal,personaliti ataupun tabiat seseorang.ramai kawan kawan aku mempunyai nama gelaran sendiri.antaranya :

  1. Mohd Ariff Fikaray a.k.a Telur - dia diberi nama 'telur' sebab dia pernah termakan telur berdarah.sejak kejadian dia makan telur berdarah tu,semua orang mula memanggil dia 'telur'.
  2. Dayana Alia a.k.a Amoy - dia ni pula sebab fizikal dia yang memang macam cina.maklumlah,emak dia cina dan masuk islam setelah berkahwin dengan abahnya.so, muka dia macam cina dan diberi nama gelaran 'amoy'.sampai sekarang nama tu melekat.
  3. Muhammad Zuhaidi a.k.a Edy Afro - siapa ta kenal edy kawan aku yang berambut afro selama setahun lebih.haha.ini memang rare.'edy afro'mempunyai jenis rambut yang keriting dan apabila panjang,rambut dia terus jadi rambut afro.sebab tu kami panggil dia 'edy afro'.
  4. Nyda Rosenin a.k.a Kecik - dia ni pula dipanggil 'kecik' sebab dia memang kecik.comel saja orangnya.rendah dan kurus.memang patut pun dia dipanggil 'kecik'.
  5. Faezah a.k.a Togeh - oke seriously minah ni budak sekolah rendah aku.sudah lama juga aku ta jumpa dia.last masa darjah 6.kami panggil dia 'togeh' sebab masa sekolah dulu,dalam kelas sains,ada buat eksperimen tanam pokok togeh.so,pokok togeh Faezah ni da jadi pokok togeh tapi da busuk.orang lain punya togeh elok saja menjadi.tapi dia punya busuk.sejak tu la orang panggil dia togeh.
  6. Penyu - err.aku lupa nama betul mamat ni.haha.budak sekolah menengah aku.orang panggil dia 'penyu' sebab leher dia ke dalam la kot.entah aku pun ta sure tapi mungkin la dia macam penyu.sorry penyu,jangan marah aku ye.
  7. Imran a.k.a Smile - kawan aku yang seorang ni dipanggil 'smile' sebab dia senyum lebar.haha.memang agak kelakar la kalau dia senyum.tapi oke je.

ini lah antara contoh contoh nama gelaran orang yang aku kenal.mungkin ada sesetengah orang tidak suka dengan nama gelaran yang diberi kepadanya.maklumlah,kalau nama gelaran tu da menyakitkan hati,siapa suka?orang yang memanggilnya mungkin seronok sebab bahan dia.tapi kadang kadang bila fikir balik memang kelakar.ta tahu mana timbul idea si pemberi gelaran itu sampai beri nama yang pelik pelik kepada orang lain.

memang boleh buat gaduh kalau nama gelaran yang diberi tidak boleh diterima.tapi,mungkin ini berlaku masa zaman zaman sekolah saja.sekarang kita semua da besar.setakat orang na gurau gurau,terima jela kan.ada yang boleh terima,baguslah.ada yang ta boleh terima mungkin boleh buat musuh.

jarang nama gelaran diberi kepada orang yang sudah dewasa.mungkin ada.makcik makcik yang duduk bergosip kat ofis contohnya.mungkin mereka ada beri nama gelaran kepada bos mereka yang mereka tidak suka.ataupun rakan sekerja yang lain.

nama gelaran ni memang secara spontan akan diberi kepada sesiapa saja.kalau korang semua tana nama gelaran yang pelik pelik,behave la.lainlah nama tu diberi sempena fizikal korang.tu lain cerita sebab takan korang na buat operation pulak.ubah hidung korang kalau hidung kembang?takan sanggup buat operation lutut untuk jadi tinggi kalau korang rendah?

elakkan diberi nama gelaran disebabkan oleh tabiat korang.jangan buat benda pelik sebab mungkin nanti orang bahan korang semua dan letak nama gelaran yang korang ta suka kan.so,behave ya!

p/s : aku pernah ada nama gelaran masa sekolah rendah.na tau?tanya aku sendiri.

.Neddy.

2 comments:

Anonymous said...

apa nama gelaran u ned?

Neddy Razak said...

anonymous : haha.adala.tanya i privately oke.here too open.thanks :)