Tuesday, December 7, 2010

Kisah Seram War Museum Penang 1

sabtu lepas aku,amoy,ali,edy dan yaq berjalan jalan di Pulau Pinang.destinasi pertama kami adalah War Museum.muzium itu adalah tinggalan orang dulu dulu yang aku sendiri lupa sudah berapa umur muzium itu.entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman ali.

kami memasuki muzium itu lebih kurang petang.muzium yang agak besar dan tidak ramai orang mengunjunginya.mungkin pengunjung yang lain tidak tahu istimewa muzium itu.ataupun mereka tidak minat untuk mengetahui bagaimana Jepun dan British berperang di tempat sebegitu.

macam macam tinggalan yang ada di muzium itu.ada terowong kecil yang hanya muat untuk seorang saja dan perlu merangkak untuk melalui terowong kecil itu.tidak ketinggalan juga tangga yang begitu tinggi untuk menaiki ke darat.kami harus melalui terowong dan tangga itu untuk merasai bagaimana orang dulu dulu bersusah payah.memang seronok dan letih.ada juga terowong yang gelap.kami harus melalui terowong itu dengan menundukkan kepala kerana ia tidak begitu tinggi.untuk berjalan di dalam terowong itu,kami dibekalkan lampu suluh kerana sepanjang terowong itu tiada lampu dan amat gelap.

selepas diberi lampu suluh,edy guide kami.aku meyusuri belakang edy diikuti yaq,amoy dan ali.kami dengan selamba,buat bising di dalam terowong yang gelap itu.edy pula begitu laju berjalan sehingga kami perlu menyuruhnya berhenti.maklumlah,terowong gelap kot.kalau ta jumpa jalan keluar,naya je.kami selamat keluar.dan rupa rupanya ada lagi satu terowong sebegitu di tempat yang lain.masa tu tiada lampu suluh dan tiada orang langsung di tempat itu.kami berpadangan sesama sendiri.

edy : jom masuk.

ali : aku tana masuklah.korang masuk lah aku tunggu luar.

aku : aah korang masuklah.aku teman ali kat luar.

edy : lampu suluh tada.pakai handphone aku la.

masa tu amoy dan yaq berbelah bagi.antara na ikut edy atau tunggu saja di luar dengan aku dan ali.

amoy : aku ikut edy lah.

yaq : aku pun ikut edy.

aku dan ali pandang sesama sendiri.macam pelik.ali ajak aku keluar.aku suruh tunggu sampai mereka keluar.kami diam.tengok sekeliling.kosong.senyap.hanya kedengaran suara edy,amoy dan yaq di dalam terowong.mereka keluar.kami meneruskan perjalanan di dalam muzium itu.ambil gambar.gelak gelak.dan akhirnya tamatlah perjalanan kami.

kami ke kereta untuk pergi ke tempat lain.di dalam kereta kami bercerita tentang War Museum.

aku : ali,asal kau ta masuk terowong tadi?

ali : aku rasa ta sedap hati.

aku : aah.aku pun sama.berat je na masuk dalam tu.ta macam first terowong tadi.

kami senyap sebentar.dan ali menyambung.

ali : tadi masa kat terowong first tu,kan aku yang belakang sekali.masa korang suruh aku ambil gambar dalam terowong tu kan aku cakap ta payah.aku dengar bunyi selipar kot kat belakang aku.aku guna flash camera na tengok belakang.bila aku tengok,tada orang pun.tapi aku still dengar bunyi selipar belakang aku.damn!

kami terdiam.bulu roma meremang.kereta kami terus meninggalkan War Museum.

.Neddy.




7 comments:

Natasyaida said...

omg!

Neddy Razak said...

tasya : mesti ali dgr bunyi selipar jepun.pfft.

Natasyaida said...

grrr. sumpah scary dowh. chop. ni part 1, ade kisah seram part 2 ke??

Neddy Razak said...

tasya : ada.haha.tunguuuuu.

ainku nurul ain bt mohd azmi said...

hahaha.. tp cm lawak je sbb bwt bising dlm trowong tu.. sbb mesti bergema en.. dh la gelap, sunyi, korg lak bising.. hahahaha.. sumpah mantap..

Neddy Razak said...

ainku : memang siap bergaduh dalam terowong tu kot.edy la jalan lajulaju.org tengah takut.iskk.tapi mmg mantap!

nabil said...

aku msh tak berjumpe gambar rambut yg korang ckp tu derr..